budi yang tak terbalas

•20 April 2009 • Comments Off on budi yang tak terbalas

Jam  melewati 3 pagi . Alangkah tenang nya jiwa di hening pagi ini . Pun  begitu , jiwa ku tersentuh dek  melayan sebuah irama  nasyid ,subuh yang terakhir tajuknya . dipetik daripada album epik , munsyid rabbani.

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Teringatkan abah dan ma nun jauh disana.segala budi mu tak terbalas . syukur ,  selepas berkeluarga dan memperoleh seorang anak , membuatkan diri ku lebih menyedari betapa besarnya erti sebuah pengorbanan yang dipikul oleh ibubapa . kini  giliran  ku  pula  meniti  semua  nya  . bukan senang untuk membesarkan seorang anak , dari alam kandungan sehinggalah mencecah usia dewasa.

si ibu…

tanpa kenal erti penat lelah..
dari detik mula mengandung..
resah alah,mengidam,sakit-sakit ,bengkak sana-sini,
pakej istimewa dilalui..
rutin harian dijaga rapi , dan hati-hati..
anak yang sihat menjadi visi..
sabar dan semangat lah tunjangnya..
sehingga lah bersedia bertarung nyawa..
semata melahirkan kita..

Si ayah…

dari  alam  kandungan  lagi , sudah nampak baktinya..
kedua – dua ibu dan anak , diteliti  kebajikan nya..
walaupun tidak di serbu alahan yang meloya..
tetap tidak kurang hebat juga rasa lelah nya..
ke hulu ke hilir di usahakan apa yang di idamkan si isteri,
kononnya   anak   di  dalam   yang   meminta ,
tanpa keluh kesah, dipimpin isteri yang sudah sarat..
di kelek  apa  yang  perlu..
sehingga lah saat melahirkan kita..

begitulah rentetan episod di alam kandungan .
belum lagi di kupas realiti kehidupan setelah di lahirkan .

ayuh ,

bingkas lah sedar epilog pengorbanan ini..
sejauh manakah kita telah berbakti kepada mereka..
sejauh manakah amanah mereka telah kita pelihara..
sejauh manakah pesan mereka kita turuti..
sama-sama lah kita berbakti , kepada ibu bapa yang di cintai..

salam perjuangan..

game over ?

•18 April 2009 • Comments Off on game over ?

game-over alangkah seronok nya kalau dapat main game yg kita minat . tidak kira lah game ape pun , asal kan kita minat . segala tumpuan dan tenaga akan di kerahkan kepada game itu . menang merupakan kepuasan utama . walaupun game over beberapa kali tetapi tetap berusaha mencuba . kemenangan benda yang di cari . sesetengah orang ketagih untuk menghabiskan permainan tersebut tanpa memikirkan masa yang sesuai . siang malam silih berganti . enjoy nya.

alangkah takut nya kalau ditelitikan istilah “game over” dalam kamus kehidupan ini.takutnya mati kalau amalan terkontang kanting.takutnya sakit kalau ibadat pun masih lagi samar2.dalam versi permainan,walaupun game over beberapa kali,kita tetap berusaha.harapnya begitulah dalam versi realiti pula.tapi ingatlah kalau kita dah game over (mati) , tak boleh patah balik , tak boleh restart balik.bukan seperti kehidupan maya.sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

alangkah hebatnya kalau kita dapat aplikasikan atau convert kejaguhan kita memenangi game ke dalam arena kehidupan ini.hidup ini adalah game realiti kita.bukan kancah fantasi.carilah kepuasan mewarnai kehidupan ini.nescaya kita akan menang kalau kena caranya.carilah tips&tricks (ilmu) bagi memudahkan lagi perjalanan ini.supaya menuju kemenangan yang pasti(syurga).dunia ini hanyalah sementara walaupun realiti tetapi akhirat adalah pasti walaupun fantasi.kehidupan abadi akan menanti.

sebentuk cincin

•18 April 2009 • Comments Off on sebentuk cincin

sdc10389 Assalamualaikum wbt..Post kali ini bertujuan merakam jutaan penghargaan kepada isteri ku    tercinta . Terima kasih atas segala usaha menyambut hari lahir ku walaupun tak mng tangan dengan anakanda tersayang . Sebentuk cincin ini sangat bermakna kepada ku . Semoga kita sama2 di beri kekuatan oleh NYA dlm mewarnai kehidupan indah ini .

masyaallah wa tabarakallah..

•18 April 2009 • Comments Off on masyaallah wa tabarakallah..

.: PERMATA HATIKU :.

ismu bInti : batrisya balqis

tarikh lahir : 14th november 2008


15-days

about half month

Alhamdulillah..dikurnai seorang anak yang sangat comel..masyaallah..
semoga menjadi permata agama..insyaallah..nama timangan ” akis ” ..
tapi mama panggil laen plak..btw,baby papa ni dah pandai senyum..


1bln

almost month

Alhamdulillah..1st time akis naek flight..umur lbh kurang sebln..
respon +ve..ok , tapi nangis jugak certain time..esp masa blepas
dan mendarat..gayat + frekuensi tinggi..gambar ini di ambil msa
akis tgh berehat2 di lounge menunggu transit ke mesir..


almost-2-months

almost 2 months

Alhamdulillah..akis mengharungi hidup di bumi anbia’..dah besar pun..
agak aktif tp susah nak bgerak sbb pakaian terlalu tebal..hehe..maklumlah,musim sejuk..
insyaallah xde mslh kesihatan,br lps amek vaksin mesir..


almost-3-months

almost 3 months

Alhamdulillah..anak papa ni semakin aktif..bercakap n bermain(dlm konteks bb)..
tq uncle khalid sbb bg mainan caterpillar kat akis + jd musrif ke ct star..


almost-4-months

almost 4 months

Alhamdulillah..akis dah pandai meniarap..tapi memerlukan usaha yg lbh..
insyaallah improve la nnti..btw,suntikan vaksin kedua dah ambil..tp lwt
skit sbb papa n mama ade xam..


almost-5-months

almost 5 months

Alhamdulillah..musim sejuk beransur..masa tido akis pun dah berubah..
lps subuh br btl2 lena..tpaksa lah papa n mama sama2 berjaga..
sekarang akis dah start blaja makan nasi yg di blend halus..
berat skrg lbh krg 7- 8 kg.. 🙂

bersambung…

kalamku

•5 April 2009 • Comments Off on kalamku

Alhamdulillah..selawat dan salam ke atas junjungan besar rasulillah..semoga kita dilimpahkan hidayah dan taufiq NYA..sama2 kita panjatkan kesyukuran atas nikmat kelahiran sebagai islam serta nikmat iman ini.

ISLAM,IMAN DAN IHSAN..

Cukuplah saja kupasan imam-imam besar dan mereka yang faqih fiddin terhadap ribuan firman tuhan yang menceritakan perihal Islam , Iman dan Ihsan ini. Sekadar memperingati diri akan status hambaNya..supaya rasa kehambaan ini menghidupkan dan menyuburkan lagi tanggungjawab menunaikan amanah besar dariNya ; sebagai khalifah dimuka bumi.

Antara TUJUAN dan TANGGUNGJAWAB.

Dua persoalan yang harus difikirkan. kerana itulah,setiap manusia wajib mengetahui siapa Penciptanya,bukan setakat tahu malah mengenal Allah yang Maha Berkuasa serta 99 sifatnya yang lain. Setelah itu,barulah dia dapat memahami tujuan asal dirinya diciptakan..tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah (ubudiyah lillah) kepadaNya..

“Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepadaKU” – (Surah Adz-Dzariyat : 56)

Berbicara tentang tujuan hidup,maka datanglah soal tanggungjawab..kerana setiap manusia akan dipertanggungjawabkan dengan perbuatannya selama hayatnya.

“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan walau seberat zarah pun , nescaya dia akan melihat balasannya . Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau seberat zarah pun , nescaya dia akan melihat balasannya pula” – ( Surah Az-Zalzalah : 7 – 8 )

Samada kepada diri sendiri,keluarga mahupun masyarakat , perlu wujud amanah dan istiqamah terhadap tggjwb yg dipikul.

tunaikan segala perintahNya,pelihara sunnah RasulNya, taati ibu bapa,jalani amar ma’ruf nahi mungkar. (Lebih manis jika disulami sabar dan ikhlas)

Contohnya,seorang pelajar medic muslim mestilah berusaha melengkapi dirinya dengan pengetahuan agama (cthnya fiqh perubatan )supaya berjaya menjadi seorang pengamal perubatan islam.doktor yang penuh dengan nilai-nilai murni agamanya bakal menjadi doktor terbaik. Malah siapa sahaja yang tekun mengamalkan Islam dari seluruh aspek akan dilhat sebagai seorang yang berjaya dibidangnya.

Mengapa?

Kerana, kita mempunyai kitab suci al quran yang mengandungi keseluruhan etika hidup yang sempurna dan lengkap.segala ilmu akhlak dan budi telah diajar dengan rapi. Pelbagai ilmu telah termaktub dlm al Quran malah sejak sejak berzaman lagi telah dibahas dan dikupas oleh para ilmuan Islam. Tetapi,kerana kegagalan kita sendiri, ilmu ini tanpa segan silu telah dinobatkan sebagai milik mereka; bangsa dan penganut agama lain. Tersohor di merata dunia buku-buku karangan mereka walhal kajiannya diasaskan oleh orang islam sendiri..sebagai contoh, Ibn Sina,Al-Kindi dan Al-Razi sebagai bapa perubatan. Al-Khawarizmi sebagai bapa ilmu hisab,Ibn Batutta sebagai bapa pelayaran yang mengasaskan peta dunia tetapi Marco Polo beroleh nama.

Itulah antara ilmu yang diperoleh dari kalamullah,kitab suci Al-Quran..tidak dilupa sumber kedua, hadis dan sunnah peninggalan junjungan besar nabi Muhammad saw sebagai panduan dan pedoman untuk mencorakkan kita sebagai seorang khalifah.inilah kelebihan kita sebagai seorang muslim.

“Dan Al-Quran itu kitab yang Kami turunkan , yang diberkati maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kalian diberi rahmat” – ( Surah Al-An’aam : 155 )

Akhirulkalam,keluarga merupakan institusi yg sgt penting.Tidak kiralah kita sebagai suami isteri,ibubapa mahupun anak,masing-masing punyai tanggungjawab tersendiri dlm menjayakan institusi ini.Apakah tggjwb tersebut ? tepuk dada,tnya iman anda.renung2kanlah nasihat luqman kepada anaknya.moga2 beroleh manfaat.

Bicara dangkal ini bertujuan untuk sama2 bermuhasabah bagi memantapkan lagi tarbiyah diri.semoga kita semua diberi kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab , sesuai dengan tujuan kita hidup di muka bumi ini.Salam perjuangan..

“Demi masa .

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian .

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

( Surah Al Asr : 1-3 )

testing

•5 April 2009 • Comments Off on testing

salam..

finally this blog is officially launched..creatively made by my sweetheart 🙂